Wednesday, June 11, 2008

HARI INTERAKSI PKSR 1

Hari Interaksi akan diadakan pada Jumaat 13 Jun 2006

Sunday, June 8, 2008

Sesi persekolahan Penggal Kedua telah bermula....

Hari ini persekolahan penggal kedua telah bermula .....
Aktiviti sekolah berjalan seperti biasa..

7.30 -8.00
Perhimpunan Rasmi sekolah

Pengajaran dan Pembelajaran berjalan lancar.
Latihan Nasyid dan Berzanji untuk Pertandingan Kesenian Islam Peringkat Zon yang akan diadakan pada Hari Selasa 10 Jun 2008.

Guru.......
Kau menerangi alam matahatiku...
Kau umpama lilin yang membakar diri ..
Tidak berasa jemu...walau diuji dengan pelbagai rintangan

Guru.....
Kini kita bertemu semula digelanggang ilmu..
Kami kembali semula...ke sisimu
Untuk menimba seberapa banyak ilmu
Terima kasih guru......

NorAfifah Fatin & Puteri Nur Bainun- 5 Dinamik

Wednesday, May 21, 2008

AKTIVITI PSS JANUARI -MEI 2008

Aktiviti -aktiviti:



1. Program Keceriaan PSS

2. Program Nilam

-Nilam dalam P&P

-Nilam dalam Kokurikulum

-Sudut Bacaan Kelas

-Program Derma Buku -PIBG

-Pinjaman Berkelompok

-Program Rakan Pembaca



3. Pengawas

-Kursus Pengawas Pusat Sumber Sekolah

-Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah

-Persatuan Pengawas Pusat Sumber Sekolah

-Gotong Royong PSS

4. Pengumpulan Bahan Hasilan Guru

Sejarah Sekolah

PROFIL SEKOLAH KEBANGSAAN GOPENG
TAMAN GOPENG BARU
31600 GOPENG

1. Latar Belakang Sekolah.

Sekolah Kebangsaan Gopeng, telah ditubuhkan pada tahun 1907 dengan sebuah bangunan yang beratap nipah, berdinding bertam serta bertiang batu yang rendah. Bilik-bilik darjah hanya bersempadankan skrin-skrin yang disekat. Persekitarannya tidak berpagar dan tidak mempunyai padang permainan khas.
Kedudukannya berhampiran dengan sebuah bukit dekat pekan gopeng. Pada peringkat awal sekolah ini hanya dibekalkan dengan kerusi dan meja guru serta papan hitam sahaja. Kerusi dan meja murid tidakdibekalkan. Guru Besar pertamanya ialah Cikgu Alang dan dibantu oleh Cikgu Mat Embong dengan 30 orang murid sahaja.
Pada tahun 1930, sebuah rumah guru telah dina berhampiran dengan sekolah. Atap telah diganti dengan atap genting serta berdinding papan. Pada mulanya sekolah hanya menempatkan murid yang terdiri daripada darjah 1 hingga darjah 5 sahaja. Selepas pemerintahan Jepun, barulah kelas untuk darjah 6 dibuka. Dalam tahun 60-an, sebuah sekolah baru telah dibina lebih kurang 1.5 km dari pekan Gopeng. Dengan persetujuan Guru Besar SK Gopeng dan Government English School serta Lembaga Pengurus kedua-dua sekolah tersebut, maka bangunan itu diserahkan kepada Government English School (SK Gopeng, Jalan Ilmu). Bangunan lama diserahkan kepada SK Gopeng dan kemudiannya dijadikan sekolah pusat dan sekolah asalnya dijadikan sekolah cawangan
Bangunan baru SK Gopeng sekarangh terletak lebih kurang setengah km ke arah selatan sekolah lama berhampiran Taman Gopeng Baru seluas 3e 2r 24p dengan perbelanjaan Bank Dunia berjumlah RM800 000. Bangunan mula didirikan pada pertengahan tahun 1988 dan siuap serta boleh digunakan pada bolan Ogos 1989 dengan dua blok bangunan tiga tingkat, kantin, padang bola dan gelanggang sepak takraw. Bangunan sekolah lama diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Perak yang kemudiannya diserahkan pula kepada pihak MARA untuk dijadikan Pusat Giat.
Kini warga SK Gopeng berasa bangga dengan terdirinya bangunan tambahan empat tingkat untuk projek Sekolah Satu Sesi dan bangunan Makmal Komputer yang dilengkapi kemudahan asas untuk memenuhi keperluan pelajar untuk menimba ilmu melalui IT.


2. Petempatan Sekolah.

Lokasi : Bandar Kecil

Jarak sekolah dari Pejabat Pendidikan Daerah Kinta ialah 25 km yang memakan masa lebih kurang setengah jam perjalanan dengan kereta.

Sukan Tahunan

















Aktiviti-aktiviti Sekolah




Sekolah Kebangsaan Gopeng, Taman Gopeng Baru....


Sekitar Pertandingan Bola Sepak Peringkat Zon....




Monday, May 19, 2008

Persembahan murid


Persembahan murid sempena Karnival Prasekolah